• UIAM WAJIBKAN KOKURIKULUM


  •   
  • FileName: view.jsp?key=0eOqS6MZScaM9GUPcT1vMMzrxTIuaYE320090910132723921 [preview-online]
    • Abstract: Antara kemudahan terkini ialah dua padang serba guna, gelanggang bola baling, dua ... ragbi dan padang bola sepak pantai. Kemudahan lain yang ada ialah stadium yang boleh ...

Download the ebook

UIAM WAJIBKAN KOKURIKULUM
Source: Berita Harian
Date: 05/01/2001
Page no.: 04
Byline: Mohd Feroz Abu Bakar
Column Name: Kegiatan kampus
UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mewajibkan semua pelajar ijazah
pertama menyertai kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian daripada syarat untuk
bergraduat mulai Sesi Akademik Mei 2001/2002.
Syarat itu akan dikuatkuasakan kepada semua pelajar tahun pertama dan mereka mesti
mengambil sekurang-kurangnya enam jam kredit aktiviti luar bilik kuliah itu sepanjang
empat tahun pengajian di universiti berkenaan.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Disiplin UIAM kini di peringkat akhir proses menyusun
semula dan menyediakan modul terperinci untuk 68 organisasi dalam kampus untuk
dijadikan sebahagian daripada kegiatan kokurikulum secara rasmi.
Penyusunan semula itu juga membabitkan semua kulliyyah atau fakulti di universiti itu
kerana pembabitan pelajar dalam kokurikulum akan dinilai oleh pensyarah seperti mana
mereka melakukan penilaian akademik.
Timbalan Rektor HEP dan Disiplin, Prof Madya Dr Sidek Baba, berkata kegiatan luar bilik
kuliah itu sangat penting untuk membina sahsiah pelajar yang matang, berkeyakinan dan
bersemangat tinggi untuk membantu masyarakat melalui kebolehan masing-masing.
Ini disebabkan, katanya, universiti itu memegang kepada falsafah bahawa proses
pendidikan bukan semata-mata membabitkan penyampaian ilmu akademik untuk membina
daya intelektual yang tinggi tetapi juga menjadikan graduan seorang yang perkasa dari segi
fizikal di samping mempunyai nilai murni.
Justeru, beliau berkata, kegiatan kokurikulum UIAM membabitkan kelab, persatuan
akademik, sukan dan rekreasi serta program sokongan yang lain seperti usrah, ceramah
keagamaan dan program motivasi yang diadakan dianjurkan dari semasa ke semasa oleh
universiti atau pelajar.
Katanya, kegiatan luar bilik kuliah itu akan menanamkan asas keagamaan dan
meningkatkan semangat kerjasama serta kekeluargaan di kalangan pelajar UIAM tanpa
mengira bangsa dan budaya.
Beliau berkata, kegiatan kokurikulum seperti usrah diwajibkan kepada semua pelajar
manakala kegiatan lain seperti bahas, khidmat masyarakat, askar wataniah, sukan, seni
mempertahankan diri, kesenian dan program rakan muda dipilih mengikut minat pelajar.
"Bahagian HEP dan Disiplin sedang mengatur secara sistematik semua jenis program,
tempoh latihan, ujian yang perlu diduduki dan proses penilaian yang lain bagi 68 organisasi
berbentuk kelab akademik, persatuan sukan atau rekreasi dan program sokongan seperti
usrah, ceramah motivasi dan kegiatan kemasyarakatan.
"Semua kegiatan ini akan diberikan dua atau tiga jam kredit mengikut keberatan program
seperti tempoh latihan yang perlu mereka ikuti, pengisiannya dan kepentingan program
dalam membina keperibadian menyeluruh seorang mahasiswa," katanya ketika ditemui di
Gombak, Kuala Lumpur, baru- baru ini.
Dr Sidek berkata, UIA sudah mempunyai kemudahan sukan dan rekreasi di peringkat
kampus dan kolej kediaman untuk menggalakkan budaya riadah di kalangan mahasiswanya
sebagai satu kegiatan luar bilik kuliah yang utama.
Antara kemudahan terkini ialah dua padang serba guna, gelanggang bola baling, dua
gelanggang keranjang, dua gelanggang bola tampar, gelanggang street soccer, padang
ragbi dan padang bola sepak pantai.
Kemudahan lain yang ada ialah stadium yang boleh memuatkan 3,000 penonton, dewan
tertutup serba guna (untuk permainan bola keranjang, badminton, sepak takraw), dua
kolam bersaiz olimpik dan trek jogging.
Katanya, semua kemudahan itu akan menjadikan kegiatan sukan dan rekreasi di UIAM
sebagai bahagian penting dalam kegiatan seharian pelajar kerana riadah amat penting
untuk membina fizikal yang tangkas.
Beliau brkata, UIAM juga mempunyai jurulatih profesional dalam acara bola sepak dan tae
kwan do untuk melatih pelajar teknik bersukan terbaik supaya dapat bersaing dengan lebih
berkesan dengan universiti lain.
Katanya, suasana itu akan menggalakkan kegiatan kesukanan dijalankan secara meluas di
universiti berkenaan kerana UIAM kini mempunyai jabatan khas yang menjadi agen utama
untuk merancang, mengendali, mengurus atau menganjurkan kegiatan sukan peringkat
kampus.
"Program sukan secara terancang dan profesional ini akan mengeluarkan atlit bagi mewakili
UIAM dalam perlawanan dengan universiti lain dan mungkin juga mewakili negara atau
mengeluarkan jurulatih dan pengurus sukan profesional.
"Perubahan ini dijangka dapat mempromosikan sukan sebagai gaya hidup sihat di kampus
berbanding sekarang pelajar universiti menganggap sukan sebagai kegiatan membazirkan
sebahagian besar masa belajar," katanya.


Use: 0.1703