• Pendarahan Akhir Kandungan


  •   
  • FileName: pendarahan-akhir-kandungan-informasi-78.pdf [preview-online]
    • Abstract: Masalah darah tinggi dan keracunan kehamilan (pre-eclampsia) biasa berlaku mulai ... di akhir kehamilan. Kerehatan dan ketenangan juga memainkan peranan penting untuk ...

Download the ebook

Pendarahan Akhir Kandungan
Last Updated Saturday, 23 December 2006 01:13
Pendarahan di akhir kandungan
Perdarahan di peringkat akhir kehamilan mulai tujuh bulan kandungan biasanya
menandakan salah satu daripada tiga perkara.
1. Uri pada pintu rahim
2. Accidental haemorrhage
3. Incidental bleeding
1.Uri pada pintu rahim (placenta previa)
Uri yang pada pintu rahim boleh menyebabkan pendarahan yang banyak, kadang-kala
sampai boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Dengan ujian ultrasound yang dilakukan
ketika ibu melawat doktor pakar perbidanan, biasanya kedudukan uri dapat dikesan samaada
di tempat biasa iaitu di bahagian atas rahim atau di bahagian luar biasa iaitu di pangkal rahim .
Langkah-langkah tertentu perlu diambil setelah dikesan kedudukan uri tersebut untuk
mencegah berlakunya perdarahan yang banyak khususnya apabila kehamilan mencapai ke
peringkat lapan bulan atau lebih.
1/8
Pendarahan Akhir Kandungan
Last Updated Saturday, 23 December 2006 01:13
Kedudukan uri dibawah 'placenta previa' merangkumi dua jenis, pertama ialah dimana uri
menutupi pintu rahim sepenuhnya 'placenta previa
major' dan
keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak apabila berlakunya kuncupan
rahim khususnya di peringkat akhir kehamilan.
Kuncupan rahim sering disebabkan oleh kepenatan, tekanan mental dan penyakit jangkitan
kuman khususnya
pada pundi kencing atau bahagian tubuh yang lain.
Apabila berlaku perdarahan ibu mesti terus masuk ke hospital kerana biasanya pembedahan
cesarean secara cemas perlu dilakukan untuk menyelamatkan ibu dan nyawa bayi tersebut.
'Placenta previa minor' ialah apabila uri hanya terletak pada bahagian bawah rahim tetapi
tidak menutupi langsung pintu rahim. Keadaan begini tidaklah
begitu mengancam dan biasanya tidaklah menyebabkan perdarahan yang banyak sangat.
Adakalanya dalam keadaan
ini
kelahiran
normal masih boleh dilakukan.
2/8
Pendarahan Akhir Kandungan
Last Updated Saturday, 23 December 2006 01:13
2. Accidental haemorrhage (abruptio placenta)
Ini bermakna pendarahan berlaku dalam rahim di belakang uri dan keadaan ini sangatlah
merbahaya kerana pendarahan di luar adalah sedikit tetapi banyak berlaku di dalam rahim
menyebabkan rahim itu sangat keras dan membesar. Keadaan
ini sangat merbahaya dan mengancam nyawa bayi dan ibu.
Jika terlambat kadang-kala bayi telah mati dalam perut sebelum ibu sampai ke hospital.
Dalam keadaan yang sangat teruk, ibu tersebut juga boleh meninggal kerana bila keadaan ini
berlaku ibu sebenarnya berdarah dengan banyaknya dalam rahim dan perdarahan tidak boleh
dikawal kerana semua sel-sel pembekuan darah (platelets) telah habis terperangkap dalam
bekuan darah dalam rahim.
Keadaan ini digelar dengan nama 'disseminated intra-vascular coagulation' iaitu satu
keadaan yang amat merbahaya kerana pendarahan bukan sahaja berlaku dalam rahim tetapi
di semua organ-organ dalam badan khususnya hati dan otak.
Keadaan inilah yang boleh membawa maut kepada ibu tersebut.
Kelahiran mesti dilakukan secara cemas untuk menyelamatkan ibu, mungkin yang paling
selamat sekali ialah dengan pembedahan cesarean. Transfusi darah serta lain-lain cecair
untuk menggantikan cecair, logam dan sel-sel pembekuan perlu dilakukan dengan banyak dan
cepat.
3) Pendarahan 'incidental'
3/8
Pendarahan Akhir Kandungan
Last Updated Saturday, 23 December 2006 01:13
Ini mungkin disebabkan pintu rahim yang luka (erosion) atau dijangkati kuman, atau saluran
darah yang pecah dari sekeliling pintu rahim ataupun saluran faraj.
Keadaan ini tidak begitu membahayakan ibu dan bayi tetapi ini adalah satu keadaan yang juga
memerlukan perhatian.
Perlu dipastikan bahawa sebab-sebab utama seperti 'placenta previa' dan 'abruptio
placenta'
tidak berlaku dengan melakukan pemeriksaan faraj serta ujian ultrasound.
Tiada rawatan yang khusus untuknya melainkan rehat.
Bahaya darah tinggi dan keracunan kehamilan
Masalah darah tinggi dan keracunan kehamilan (pre-eclampsia) biasa berlaku mulai
kehamilan tujuh bulan. K
adang-kala kita tidak menjangka siapa yang akan terkena penyakit ini, tetapi bagi mereka
yang hamil pertama kalinya, ataupun mereka yang terlalu gemuk dan mengidap penyakit
kencing manis, ataupun memang pernah mengidap penyakit darah-tinggi dan buah pinggang
adalah di antara mereka yang terdedah kepada masalah ini.
 
Pemeriksaan 'antenatal' setiap bulan, selepas tujuh bulan dua minggu sekali dan bulan
terakhir seminggu sekali, adalah sangat penting untuk mengesan
keadaan penyakit darah tinggi dan keracunan
(toxemia)
kehamilan.
4/8
Pendarahan Akhir Kandungan
Last Updated Saturday, 23 December 2006 01:13
Setiap kali ibu hamil datang ke klinik di antara pemeriksaan yang dilakukan ke atasnya ialah
mengukur tekanan darah, mengukur timbang beratnya dan juga memeriksa air kencingnya
untuk gula dan albumin.
Ini sangat penting untuk tujuan mengesan penyakit keracunan (toxemia) kehamilan yang
biasanya ditandakan dengan bengkak kaki, timbang berat yang naik secara mendadak,
sembab muka dan apabila diukur tekanan darah didapati terlalu tinggi iaitu melebihi
140/90 mm Hg
dan air kencingnya
mengandungi albumin.
Apakah risiko kepada ibu?
Toxemia kehamilan boleh mengancam nyawa ibu jika ia tidak terkawal khususnya apabila
tekanan darahnya meningkat mungkin melebihi 180/110 mm Hg dan apabila air kencing ibu
tersebut mengandungi banyak
albumin
iaitu mungkin
++++
.
Ibu juga merasa pening, mungkin gelap mata dan hampir pitam dan rasa kesakitan pada
bahagian ulu hati.
Jika keadaan begini berlaku kadang-kala ibu boleh terkena serangan
sawan
(eclampsia).
 
5/8
Pendarahan Akhir Kandungan
Last Updated Saturday, 23 December 2006 01:13
Sawan ini sangat merbahaya pada ibu kerana ini menandakan pendarahan mungkin telah
berlaku dalam otak ibu (cerebral haemorrhage), atau bekalan darah kepada otak telah
terganggu akibat daripada kuncupan saluran darah tersebut dan biasanya otak telah dipenuhi
dengan cecair (cerebral
adema) .
Risiko kematian ibu adalah sangat tinggi dalam keadaan begini khususnya mereka yang telah
tidak sedarkan diri
(coma)
.
Dalam keadaan begini doktor perlu melakukan pembedahan caesarean untuk mengeluarkan
bayi tanpa mengira umur atau akibat kepada bayi tersebut sama ada boleh hidup atau tidak
demi untuk menyelamatkan nyawa ibu. Apabila bayi dan uri telah dikeluarkan melalui
pembedahan, biasanya penyakit ini akan reda dengan cepatnya dan hanya inilah yang boleh
menyelamatkan nyawa ibu setelah diserang dengan sawan tersebut.
Dalam kes yang kurang teruk doktor boleh mengawal penyakit toxemia ini dengan
memasukkan ibu tersebut ke hospital untuk berehat sambil mengawal tekanan darahnya, air
kencingnya dan pertumbuhan bayi melalui ujian-ujian klinikal , ukuran timbang berat dan juga
ujian ultrasound yang dilakukan berulangkali untuk mengetahui samaada pertumbuhan bayi
masih berlaku atau tidak.
Jika tidak ada pertumbuhan bayi dan bayi mungkin terancam nyawanya, dan dijangka bayi
boleh hidup apabila dilahirkan, maka langkah yang sewajar ialah untuk melakukan
pembedahan cesarean untuk menyelamatkan bayi.
Jika keadaan darah tinggi dan toxemia ini sangat sederhana dan tidak ada tanda-tanda ia
mengancam ibu dan bayi, setakat berehat dan diberi rawatan dengan ubat untuk
mengurangkan tekanan darah, kawalan pemakanan untuk mengurangkan karbohidrat, minyak
dan garam dalam makanan.
6/8
Pendarahan Akhir Kandungan
Last Updated Saturday, 23 December 2006 01:13
Rehat adalah sangat penting untuk mengawal penyakit darah tinggi ini. Biasanya jika
keadaan ini boleh dikawal dan pertumbuhan dan nyawa bayi tidak terancam, maka kelahiran
secara normal boleh dilakukan dengan memaksa sakit bersalin
Pendarahan Akhir Kandungan
Last Updated Saturday, 23 December 2006 01:13
turun ke tahap normal dengan cepat.
Perkara-perkara yang boleh mengelakkan kejadian ini ialah dengan amalan makanan yang
seimbang, memakan vitamin Folik Asid yang terus-menerus antara 5mg
hingga 10 mg setiap hari dari awal kandungan hingga akhir.
Mengawal berat badan supaya ia tidak melebihi had biasa, berat badan sepatutnya tidak
boleh melebihi 15 kilo bagi keseluruhan kehamilan.
Bagi panduan para ibu yang hamil, lima bulan pertama berat badan patut meningkat satu kilo
sebulan dan empat bulan terakhir dua kilo sebulan menjadikan jumlahnya lebih kurang 13 kilo
di akhir kehamilan.
Kerehatan dan ketenangan juga memainkan peranan penting untuk mengelakkan masalah
darah tinggi dan keracunan. Bagi mereka yang tenang rohnya serta kuat iman mungkin
kurang tededah kepada ancaman toxemia, sebab itu saya sentiasa menasihati ibu-ibu yang
hamil untuk membaca Al Quran dari awal kehamilan dan tidak melupakan segala suruhan
Allah seperti solat, berpuasa dan sering melakukan amalan zikir, bertasbih, bertasmid dan lain
lain untuk mengingati Allah. Me
mang amalan amalan ini boleh mengurangkan ketegangan fisikal dan mental .
8/8


Use: 0.2007